Sunday, 26 March 2017

PROGRAM JELAJAH AMAL

Pada 18 Februari 2017 yang lalu, pelajar-pelajar Batch 4 daripada Kolej Ketengah telah mengadakan satu program khidmat masyarakat bagi memenuhi subjek Khidmat Masyarakat. Program tersebut telah dikendalikan oleh pengarah program iaitu Siti Farahatul Zakiah Bt Mohd Napi beserta 33 orang pelajar dan 3 orang pegawai pengiring. Para pelajar kolej telah menerima pelbagai sumbangan untuk diberikan kepada 2 buah rumah kebajikan iaitu Asrama Perkaya, Dendang dan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi. Antara barangan sumbangan yang telah disumbangkan ialah beras, gula, biskut, tepung dan pelbagai lagi barangan dapur. Selain itu, para pelajar juga turut menyediakan makanan tengahari untuk gelandangan di Stesen Bas Kuala Terengganu dan air kotak beserta roti untuk pemandu bas dan juga teksi. Para pelajar juga turut bekerjasama membersihkan persisiran Pantai dengan mengutip sampah-sampah di tepi pantai.


Sebelum bertolak ke destinasi, kami bergambar kenangan dahulu :)


Bergambar kenangan bersama adik-adik dan Pengurus di Asrama Perkaya, Dendang.

Bergambar kenangan juga bersama Anak-Anak Yatim dan pengurus Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir.

Sebelum mengutip sampah di persisiran pantaiiii ;)

Gambar kenangan untuk Program Jelajah Amal Batch 4. Tema kami Pink + Biru hikhik  ^__^




Program kami berakhir lebih kurang jam 4 petang. Kami berasa amat puas dan gembira pada hari tersebut kerana dapat memberi sumbangan serta meluangkan masa bersama-sama dengan Batch kami *,*   Semoga selepas ini, lebih banyak lagi program yang boleh kami adakan untuk mengumpul pengalaman serta kenangan sebelum taman belajar, InsyaAllah.. Byee *__*

No comments:

Post a Comment