ICT merupakan Information Computer Technology untuk menyampaikan sebarang maklumat
kepada semua orang diseluruh pelusuk negara. ICT juga memainkan peranan yang
penting pada masa kini untuk guru di prasekolah mahupun di tadika. Ia mampu
membantu guru dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) di prasekolah.
Antaranya ialah, merupakan cara dan teknik guru untuk mengintergrasikan ICT
dalam PDP. Guru hendaklah memilih perisian yang sesuai kepada kanak-kanak
dengan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak di prasekolah. Selain itu juga,
perisian yang dipilih juga haruslah mencapai objektif yang terdapat didalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Guru perlu kreatif dan bijak untuk
membuat pilihan seperti memilih lembaran kerja, memberi tahu maklumat yang tepat
dan betul kepada kanak-kanak.
Hal
ini kerana maklumat yang disampaikan pada mereka akan dibawa oleh mereka hingga ke
dewasa. Guru boleh menggunakan “FREEWARE” yang sesuai dengan perkembangan
kanak-kanak untuk melengkapi aktiviti-aktiviti PDP prasekolah. Dengan
menggunakan ICT kanak-kanak dapat memberi pengalaman belajar kepada kanak-kanak
prasekolah lebih seronok dan bermakna. Apa yang dapat kita lihat guru di
Malaysia ialah kurang mengintergrasikan ICT didalam PDP dengan alasan kekangan
masa, kemudahan ICT yang tidak lengkap bagi menampung bilangan kanak-kanak yang
ramai di prasekolah.
CARA MENARIK
MINAT GURU KEPADA ICT
v Menyediakan makmal komputer disetiap sekolah.
v Mengadakan kursus sebulan 2 kali.
v Mempunyai perisian PowerPoint untuk membuat
lembaran kerja yang menarik.
v Bertukar
pendapat dengan guru lain melalui internet.
No comments:
Post a Comment