KEPENTINGAN ICT KEPADA KANAK-KANAK
KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
1. Penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat membantu guru
untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik yang ingin diajar dengan
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru lain. Guru juga sudah bersedia untuk
mengajar kanak-kanak di dalam kelas kerana proses pengajaran menggunakan ICT tidak
terlalu rumit dan tidak mengambil masa yang lama.
2. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan
berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual. Hal
ini dikatakan demikian kerana, dengan menggunakan alat tersebut kanak-kanak
akan tertarik dan dapat menimbulkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Pengajaran
di dalam kelas juga menarik kerana guru boleh menunjukkan video atau gambar
kepada kanak-kanak secara langsung.
3. Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini. Contohnya, kanak-kanak yang kurang didedahkan
dengan ICT akan mudah memahami pengajaran. Guru pula dapat menggunakan bahan
tersebut secara berulang kali dalam proses pengajaran.
4. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid
mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.
Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh
belajar dan menggunakan komputer di kelas.
5. Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam
membantu murid untuk menjelajah dunia internet. Kanak-kanak dapat melakukan
aktiviti yang memerlukan mereka untuk berfikir dan mereka dapat meneroka
sesuatu yang baru.
6. ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak
cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan
dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda.
Penilaian dapat dilakukan selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan.
7. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus
kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Contohnya guru boleh membuat
aktiviti seperti simulasi.
8. Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer
dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat
tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dengan memasukkan
gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sendiri
kerana mereka mempunyai kemahiran dalam ICT.
9. Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen
yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara
biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh yang praktikal. Pembelajaran
berpusatkan kanak-kanak melalui penerokaan dan penemuan dapat diterapkan.
10. Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan
kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia. Contohnya,
kanak-kanak boleh “chatting” rakan-rakan mereka yang tinggal jauh serta mereka
boleh bertanya khabar dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan masing-masing
berkaitan ICT. Oleh itu, guru harus
mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak
dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman
pembelajaran yang positif yang baru.
No comments:
Post a Comment