Sunday, 26 March 2017

ICT & KANAK-KANAK KHAS

ICT dalam pendidikan khas?



Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) semakin kian berkembang dan tidak boleh disangkal sama sekali perkembangan tersebut.  Pada hari ini. elemen ICT digunakan hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangka akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998). Pendidikan Khas pula boleh ditakrifkan sebagai program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas ini didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Bagi kanak-kanak yang pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. 
Dalam pendidikan khas ICT dilihat sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran seta boleh dijadikan sebagai terapi atau latihan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Pihak sekolah dan guru bertanggungjawab bagi mendedahkan kepada murid-murid pendidikan khas dengan penggunaan komputer supaya mereka juga mampu berdaya saing seperti pelajar yang lain. Tambahan lagi, guru pendidikan khas harus mengetahui akan kepentingan komputer kepada pelajar-pelajar berkeperluan khasnya.


Istilah lain kanak-kanak berkeperluan khas?
Kanak-Kanak Istimewa

Kanak-Kanak Luar Biasa

Kanak-kanak Kurang Upaya

Kanak-Kanak Cacat

Kanak-Kanak Abnormal

Kanak-Kanak Bermasalah

Kanak-Kanak Terbantut Pertumbuhan dan Perkembangan

Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Menurut Dr, Norziila Zakaria dalam Utusan (6 Sept 2009), Secara amnya terdapat 6 kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan Kad OKU. Antara kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain. Bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, Austisma, kurang tumpuan dan hiperaktif ( Attention Deficit Hyperactive Disorder -ADHD) dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual Impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun. Turut berada di bawah kategori masalah pembelajaran ialah  dyslexia (kesukaran menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira).



Kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas?
1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar.

2. Memberi peluang yang sama kepada pelajar- pelajar yang berkeperluan khas bagi meneroka keupayaan mereka

3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar


Konsep Terapi Dalam Pendidikan Khas?
Konsep ini adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Justeru itu, dengan kaedah terapi ini dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang di impikan.


Penting ke terapi?
1. Meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran

2. Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial antara murid.

3. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.

4. Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

5. Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan


Antara Terapi Yang Ada?
Terapi Fisio

Terapi Cara Kerja

Terapi Pertuturan

 Terapi Muzik Dan Nyanyian

Terapi Seni Visual

Terapi Pergerakan Kreatif

Terapi Main

No comments:

Post a Comment