Sunday, 26 March 2017
ICT & KANAK-KANAK KHAS
Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) semakin kian berkembang dan tidak boleh disangkal sama sekali perkembangan tersebut. Pada hari ini. elemen ICT digunakan hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangka akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998). Pendidikan Khas pula boleh ditakrifkan sebagai program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas ini didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Bagi kanak-kanak yang pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
KEPENTINGAN ICT KEPADA KANAK-KANAK
KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
1. Penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat membantu guru
untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik yang ingin diajar dengan
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru lain. Guru juga sudah bersedia untuk
mengajar kanak-kanak di dalam kelas kerana proses pengajaran menggunakan ICT tidak
terlalu rumit dan tidak mengambil masa yang lama.
2. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan
berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual. Hal
ini dikatakan demikian kerana, dengan menggunakan alat tersebut kanak-kanak
akan tertarik dan dapat menimbulkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Pengajaran
di dalam kelas juga menarik kerana guru boleh menunjukkan video atau gambar
kepada kanak-kanak secara langsung.
3. Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini. Contohnya, kanak-kanak yang kurang didedahkan
dengan ICT akan mudah memahami pengajaran. Guru pula dapat menggunakan bahan
tersebut secara berulang kali dalam proses pengajaran.
4. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid
mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.
Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh
belajar dan menggunakan komputer di kelas.
5. Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam
membantu murid untuk menjelajah dunia internet. Kanak-kanak dapat melakukan
aktiviti yang memerlukan mereka untuk berfikir dan mereka dapat meneroka
sesuatu yang baru.
6. ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak
cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan
dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda.
Penilaian dapat dilakukan selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan.
7. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus
kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Contohnya guru boleh membuat
aktiviti seperti simulasi.
8. Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer
dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat
tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dengan memasukkan
gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sendiri
kerana mereka mempunyai kemahiran dalam ICT.
9. Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen
yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara
biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh yang praktikal. Pembelajaran
berpusatkan kanak-kanak melalui penerokaan dan penemuan dapat diterapkan.
10. Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan
kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia. Contohnya,
kanak-kanak boleh “chatting” rakan-rakan mereka yang tinggal jauh serta mereka
boleh bertanya khabar dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan masing-masing
berkaitan ICT. Oleh itu, guru harus
mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak
dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman
pembelajaran yang positif yang baru.
MASA DEPAN GURU DENGAN ICT
ICT merupakan Information Computer Technology untuk menyampaikan sebarang maklumat
kepada semua orang diseluruh pelusuk negara. ICT juga memainkan peranan yang
penting pada masa kini untuk guru di prasekolah mahupun di tadika. Ia mampu
membantu guru dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) di prasekolah.
Antaranya ialah, merupakan cara dan teknik guru untuk mengintergrasikan ICT
dalam PDP. Guru hendaklah memilih perisian yang sesuai kepada kanak-kanak
dengan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak di prasekolah. Selain itu juga,
perisian yang dipilih juga haruslah mencapai objektif yang terdapat didalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Guru perlu kreatif dan bijak untuk
membuat pilihan seperti memilih lembaran kerja, memberi tahu maklumat yang tepat
dan betul kepada kanak-kanak.
Hal
ini kerana maklumat yang disampaikan pada mereka akan dibawa oleh mereka hingga ke
dewasa. Guru boleh menggunakan “FREEWARE” yang sesuai dengan perkembangan
kanak-kanak untuk melengkapi aktiviti-aktiviti PDP prasekolah. Dengan
menggunakan ICT kanak-kanak dapat memberi pengalaman belajar kepada kanak-kanak
prasekolah lebih seronok dan bermakna. Apa yang dapat kita lihat guru di
Malaysia ialah kurang mengintergrasikan ICT didalam PDP dengan alasan kekangan
masa, kemudahan ICT yang tidak lengkap bagi menampung bilangan kanak-kanak yang
ramai di prasekolah.
CARA MENARIK
MINAT GURU KEPADA ICT
v Menyediakan makmal komputer disetiap sekolah.
v Mengadakan kursus sebulan 2 kali.
v Mempunyai perisian PowerPoint untuk membuat
lembaran kerja yang menarik.
v Bertukar
pendapat dengan guru lain melalui internet.
PROGRAM JELAJAH AMAL
![]() |
Sebelum bertolak ke destinasi, kami bergambar kenangan dahulu :) |
![]() |
Bergambar kenangan bersama adik-adik dan Pengurus di Asrama Perkaya, Dendang. |
![]() |
Bergambar kenangan juga bersama Anak-Anak Yatim dan pengurus Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir. |
![]() |
Sebelum mengutip sampah di persisiran pantaiiii ;) |
Contoh RPH
RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN
MINGGU KE : 10
TOPIK : HAIWAN (JINAK) HARI
: ISNIN TARIKH : 17.4.2017 KEHADIRAN :
MASA
|
TUNJANG/
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
OBJEKTIF
|
BAHAN
|
AKTIVITI
|
KESEPADUAN/ IMPAK
|
7.50 – 8.10
(20 MINUTES)
PERBUALAN AWAL
(CIRCLE TIME@ MORNING CIRCLE)
|
PERHIMPUNAN
SEKOLAH (SCHOOL ASSEMBLY)
|
||||
8.10 -8.30
(20 MINUTES)
AKTIVITI LUAR
(OUTDOOR ACTIVITIY)
|
AKTIVITI
MAIN BEBAS (FREE PLAY)
TEMPAT : PERSEKITAN
LUAR TADIKA
PERALATAN : KAIN
PENUTUP MATA
(Permainan Sorok-sorok & Nyayian Lagu Nenek Si
Bongkok Tiga)
|
||||
8.30 – 9.00
(30 MINIT)
PENDIDIKAN ISLAM
|
KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
PI 3.1.1 Menyatakan Cara Bersuci Daripada Najis Selepas :
i. Buang Air Kecil
ii. Buang Air Besar
|
Murid boleh:
(i). Menunjuk cara bersuci daripada najis selepas :
a. Buang air kecil
b. Buang air besar
|
Pencuci tangan
Tuala
|
i.Guru menerangkan jenis-jenis najis
a. Buang air kecil
b. Buang air besar
ii. Murid membezakan antara
buang air besar dan buang air kecil
iii.Guru menerang sambil menunjukkan kad imbas cara bersuci daripada
najis selepas buang air besar dan air kecil
iv. Murid dapat menunjukkan cara bersuci daripada najis selepas buang
air besar dan air kecil
|
KESEPADUAN :
FK 5.1.8 Menerangkan cara menjaga kebersihan organ genital dengan
betul
IMPAK :
|
9.00 -9.30
(30 MINIT)
BAHASA MELAYU
|
KOMUNIKASI
BM 2.3.3 Membaca perkataan
dengan suku kata terbuka:-
i. KV+KV
|
Murid boleh :
(i). Mengeja dan membatangkan 5 perkataan dengan dua suku kata terbuka
KV+KV iaitu bapa, baju, bola, kuda dan dahi
|
i.Carta suku kata terbuka
ii.Kad Imbas
|
i.Guru dan
murid menyanyikan lagu “Mengenal Suku Kata”
ii.Guru
menyebut dua suku kata yang terdapat dalam lagu yang dinyanyikan.
iii.Murid mengeja
dan menyebut dua suku kata yang disebut oleh guru
|
KESEPADUAN:
KE 1.1.3 Menyanyikan lagu mengikut melodi
IMPAK :
|
9.30-10.30
(30 MINIT)
BM
(BERTEMA)
|
Komunikasi
BM 1.4.3 Bersoal jawab menggunakan ayat
mudah
|
Murid boleh :-
i.Menamakan 4 haiwan jinak iaitu kuda, ikan,
kucing dan arnab.
|
i. Kad imbas
|
i. Murid menyebut empat nama haiwan jinak
ii. Guru menunjukkan gambar haiwan pada kad
imbas dan murid meneka nama haiwan tersebut
iii. Murid mengeja nama haiwan berdasarkan
gambar pada kad imbas.
|
KESEPADUAN:
SA 3.3.1 Menamakan haiwan
IMPAK :
|
10.30-11.00
(30 MINUTES)
|
REHAT, KUDAPAN, URUS DIRI (Recess / interval)
|
||||
11.00-11.40
(30 MINIT)
SAINS AWAL
(BERTEMA)
|
Kreativiti dan Estetika
KE 3.3.2 Menghasilkan karya kreatif melalui aktiviti menggambar
|
Murid boleh:
i. Mewarna gambar haiwan tersebut dengan betul
|
i. Lembaran kerja
ii. Pensil Warna
|
i. Murid mewarna gambar haiwan mengikut kreativiti.
ii. Guru meminta murid membandingkan hasil kerja masing-masing
|
KESEPADUAN:
KE 3.4.2 Menunjukkan penghargaan terhadap hasil kerja orang lain.
IMPAK :
|
11.40-11.50
(10 MINUTES)
PENAMAT
(CLOSURE)
|
PENUTUP
i. Guru dan murid bersoal jawab tentang aktiviti yang telah dijalankan
(question – answer activity to revise the lesson learnt for the day)
ii. Pesanan untuk esok (friendly reminder for tomorrow’s activities)
iii. Membaca doa dan bersalaman (received the prayer)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)